Sunday, June 15, 2008

Kampung Spaoh






Dari Kuching akan mengambil masa selama 4 jam memandu. Simpang masuk ke kampung ni tak sama dengan mana mana simpang yang anda jumpa sepanjang perjalanan anda. Model "Ikan Buntal" amat dominan and you can never miss it.










Ini sekolah aku dulu. Sekolah Kebangsaan Spaoh. Rumah aku dekat sangat dengan sekolah ini. Zaman aku sekolah dulu bangunan ini semuanya diperbuat dari kayu. Alhamdulillah sekarang ni dah berubah dengan struktur yang lebih kuat. Sekarang apa yang nampak sekolah ini hanya memiliki satu padang yang kecil dibanding dengan zaman aku dulu. Padang bola yang dulunya tempat pertandingan sukan antara sekolah dah jadi tapak sekolah. Kalau dulu sekolah bertiang kayu kita dapat bermain galah panjang di bawah sekolah tu. Sekarang aktiviti aktiviti itu sudah pupus.

Aku ingat lagi subject "Gardening" dimana murid murid di allocate tanah untuk aktiviti berkebun. Hasil dari tanaman itu kita akan jual dan dapat lah wang saku. Lot tanah kebun itu sekarang dah jadi padang permainan.



Rumah kedai .

Tiada perubahan........

Sampai sekarang tiada perubahan di pekan Spaoh. Rumah kedai yang kita nampak itulah yang aku nampak 43 tahun yang lalu. Kalau ada perubahan pun itu hanya berlaku kepada pemiliknya. Mungkin kampung ini tiada economic value maka itulah development nya minimal. Anak anak muda kebanyakan nya bekerja di luar Spaoh termasuklah diri aku ini. Sekali sekala balik kampung. As much as I want to stay namun tanggungjawab terhadap famili adalah keutamaan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk balik ke kampung sekerap yang mungkin untuk bertemu ayah & sanak saudara ku yang masih menetap dikampung. Kepada "The Power that Be" aku minta agar "distribution of wealth" di bawah jurisdiction anda dibahagi sama rata. Bukan setakat membangun infrastructure sahaja tapi fikirlah dari segi pembangunan ekonomi orang orang kampung.

KOPI "O"

Kalau dulu orang kampung suka minum kopi "Ah Heng" namun sekarang Ah Heng dah berpindah ke Kuching. Mungkin perpindahan dia berkaitan langsung dengan economic value kampung itu. 'Fret Not" sekarang ada sebuah gerai yang mampu menandingi kehebatan "Kopi O" Ah Heng ! Mohamad Fairuz ye ! Itulah nama boss gerai itu . Buka dari 4pm-12 midnight. Walau bukan fresh coffee namun rasanya very close dan aku bagi 3 bintang untuk kopi beliau.

3 comments:

Unknown said...

@askm.tima kasih sbb ada usaha molah blog tuk.ado juak pakei angkat namo org spaoh..apa2 pun, spaoh tetap da best.jangan amang-amang u.

Anonymous said...

bagus bah kampung paoh kinek tuk,xado macam dolok gik,aman damai,bersih jak gik,,sayu juak nenga luahan ati kitak....mun rindu aso eh mbak pulang kampung jak nyawo eh..ni tauk apat ngubat rindu....

Anonymous said...

bagus bah kampung paoh kinek tuk,xado macam dolok gik,aman damai,bersih jak gik,,sayu juak nenga luahan ati kitak....mun rindu aso eh mbak pulang kampung jak nyawo eh..ni tauk apat ngubat rindu....