Thursday, October 16, 2008

Selamat Hari Raya



Gambar bersama 2 anak lelaki aku di pagi Raya 2008

Bersama keluarga di Pagi Raya 2008



Di rumah adik di Serian...........


Aku agak belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang merayakan. Seperti biasa aku hanya dapat merayakan Raya ke 2 di kampung . IAdd Imageni dah jadi lumrah org Spaoh bila raya ke 2 mereka berduyun duyun ke Seruai atau Melanyut. Aku bertolak dari Kuching jam 7:30 pagi dan sampai di Seruai pada jam 10:30 dan masa itu masih ramai pengunjung. Agaknya akibat hujan pagi itu maka kebanyakan orang kampung lambat sikit ke Seruai. Aku dan keluarga pula hanya sempat ke rumah kawan aku 1) Wan Mahbi dan Dahlan saje selain dari keluarga aku sendiri. Ibu dah tiada maka aku memohon kemaafan dari ayahku yang kini masih di Spaoh. Aku berangkat ke Kuching jam 4 petang dan sempat singgah di Serian di rumah adik aku yang menetap di sana.

.... Nanti aku sambung balik......

Friday, June 20, 2008

Badminton di Batu 7

Semalam aku dengan geng aku terpaksa bermain di Stakan. Pusat ini kira yang terbesar mempunyai 35 gelanggang badminton dimana 7 adalah carpeted. Selain dari badminton gelanggang Futsal dan Ping Pong juga ujud di situ.

Bagi aku kalau nak rate gelanggang itu aku bagi 2 bintang saje. Lampu dipasang agak rendah jadi agak sukar nak lihat shuttle yang tinggi.

Walaupun begitu semalam penuh juga gelanggang itu di sewa. Aku cuma dapat main selama 1 jam. 1 jam untuk 5 orang kira sekejap la tu. Anak aku pulak asik beli burger saje itu yang aku malas nak bawa dia ke situ. Walau camanapun dia anak bongsu.... Nanti aku sambung balik !

Sunday, June 15, 2008

Kampung Spaoh






Dari Kuching akan mengambil masa selama 4 jam memandu. Simpang masuk ke kampung ni tak sama dengan mana mana simpang yang anda jumpa sepanjang perjalanan anda. Model "Ikan Buntal" amat dominan and you can never miss it.










Ini sekolah aku dulu. Sekolah Kebangsaan Spaoh. Rumah aku dekat sangat dengan sekolah ini. Zaman aku sekolah dulu bangunan ini semuanya diperbuat dari kayu. Alhamdulillah sekarang ni dah berubah dengan struktur yang lebih kuat. Sekarang apa yang nampak sekolah ini hanya memiliki satu padang yang kecil dibanding dengan zaman aku dulu. Padang bola yang dulunya tempat pertandingan sukan antara sekolah dah jadi tapak sekolah. Kalau dulu sekolah bertiang kayu kita dapat bermain galah panjang di bawah sekolah tu. Sekarang aktiviti aktiviti itu sudah pupus.

Aku ingat lagi subject "Gardening" dimana murid murid di allocate tanah untuk aktiviti berkebun. Hasil dari tanaman itu kita akan jual dan dapat lah wang saku. Lot tanah kebun itu sekarang dah jadi padang permainan.



Rumah kedai .

Tiada perubahan........

Sampai sekarang tiada perubahan di pekan Spaoh. Rumah kedai yang kita nampak itulah yang aku nampak 43 tahun yang lalu. Kalau ada perubahan pun itu hanya berlaku kepada pemiliknya. Mungkin kampung ini tiada economic value maka itulah development nya minimal. Anak anak muda kebanyakan nya bekerja di luar Spaoh termasuklah diri aku ini. Sekali sekala balik kampung. As much as I want to stay namun tanggungjawab terhadap famili adalah keutamaan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk balik ke kampung sekerap yang mungkin untuk bertemu ayah & sanak saudara ku yang masih menetap dikampung. Kepada "The Power that Be" aku minta agar "distribution of wealth" di bawah jurisdiction anda dibahagi sama rata. Bukan setakat membangun infrastructure sahaja tapi fikirlah dari segi pembangunan ekonomi orang orang kampung.

KOPI "O"

Kalau dulu orang kampung suka minum kopi "Ah Heng" namun sekarang Ah Heng dah berpindah ke Kuching. Mungkin perpindahan dia berkaitan langsung dengan economic value kampung itu. 'Fret Not" sekarang ada sebuah gerai yang mampu menandingi kehebatan "Kopi O" Ah Heng ! Mohamad Fairuz ye ! Itulah nama boss gerai itu . Buka dari 4pm-12 midnight. Walau bukan fresh coffee namun rasanya very close dan aku bagi 3 bintang untuk kopi beliau.

Friday, June 13, 2008

Berita dari Rantau















BERITA DARI RANTAU


Angin pantai dingin mencengkam
Ombak laut mengajak pulang
Disini ku rindu
Kampung halaman yang lama ku tinggalkan

Betapa indahnya negeri orang
Tak seindah tanah tumpah darah ku
Wajah sanak saudara yang tercinta
Bermain di mata ku di kala sepi
Sawah ladang dan pohon nyiur
Dengarkanlah jeritan hati
Ku ingin nyatakan
Aku sering merindu belaian mu...........

Bila saja lagu ini dimainkan aku pasti terkenang kampung ku. Aku sebenarnya hanya membesar di kampung hingga umur aku 12 tahun... yang selebihnya aku membesar di perantauan. Aku bukan pernah membesar di kampung sendiri. Orang orang kampung yang bekerja di bandar tu amalkan lah amalan balik kampung. Di situ tempat tumpah darah kita. Terlalu banyak kenangan di kampung untuk dilupakan begitu saja. Aku masih ingat berlari balik ke rumah dalam keadaan bogel . Di sungai kat kampung aku ni bila sampai musim buah "Engkabang" sejenis buah hutan yang mana bila di proses boleh dibuat minyak dan dicicah ke nasi panas fuhhh seleranya makan. Buah ini akan hanyut mengikut sungai dan bila sampai ke jeti tempat kita orang mandi maka kita akan kumpul dan selalunya kita jual kat cina kampung tu nama nya Ah Joi (dan meninggal dah). Satu hari tu sedang kita sibuk mengumpul "Engkabang" tu bapak aku datang dan ambil semua baju dan seluar kita yang kita kumpul atas jeti tu sebab bila kita mandi sungai tu kita orang lebih selesa tak berbaju dan seluar (nak tukar selalu arwah emak bising). Maka terpaksalah kita orang balik tanpa seurat benang dan lalu di tempat awam. Aku pun tak berapa ingat samada aku malu ke tidak masa itu.........


Ini lah pekan Spaoh.......... Dari dulu sampai kini masih tetap sama. Rumah kedai ni dari aku celik mata lagi dah memang camni tak pernah berubah.





Inilah sungai dimana kita orang selalu mandi dan mengutip "Engkabang".





Ini pulak jeti yang baru. Kalau dulu hanya jeti kayu tapi kini konkrit. Yang dalam gambar tu isteri dan anak anak ku... Betapa cepat masa berlalu.

My First Post




Hari ini terasa sakit kat elbow. Agaknya tennis elbow akibat main masa kat Bakun dulu ataupun juga age catching up on me heheheh. Semalam ada Badminton competition dimana team aku jadi juara antara kumpulan. Looking forward to the company's dinner dimana akan diadakan penyampaian hadiah.

Hari ini aku tak drive ke tempat keje. AKu tumpang kawan aje. Penat jugak tiap tiap hari kena drive 1jam lebih nak pergi ke tempat kerja. Apa nak buat dah terpaksa. Dah kena komen terpaksa bagi nama. Aku tumpang Wiljoy a.k.a Willie.


Apa lagi ???

Minyak ????? aduila penat betul nak cakap pasal kenaikan harga minyak ni. Yang aku kesian orang orang yang menggunakan bot as their mode of transportation. Mana nak claim rebate ? Mana nak claim reimbursement road tax ? Kenaikan harga minyak secara langsung mengakibatkan kenaikan harga barang barang keperluan harian. Last month aku beli Beras Gedung @10kg pack berharga RM23.60 tapi sekarang kena bayar RM39.90. Camana nak buat ni ?? Kalau kenaikan harga minyak disusuli dgn kenaikan gaji tak apelah juga. Pening kepala aku. Dah beribu sumpah seranah aku dalam bulan ni.


Kalau dulu RM80 boleh buat belanja minyak kereta to and fro balik kampung sekarang itu harga untuk pergi sahaja. Maknanya makin rindu lah aku kat kampung aku tu.

PAGI INI

Terkejut beruk aku pagi ini. Rojak Ayam KUCEI kat Batu Lintang tu dah naik harga jugak. Naik Rm0.50 sepinggan. Apa rasional nya dia menaikan harga sampai begitu banyak sekali. Sekarang dah nak kena bayar RM5/- sepinggan. Semakin tak bernilai duit aku jadinya. Apa nak jadi dah ni ?

BADMINTON


Gambar ni selepas kepenatan bermain.

L-R ...Reid, Ricky,Rudy,Daud,Awie and Lani. Aku spt biasa tak nampak .......

My hobby ! Main 3 kali seminggu sekurang kurang nya bersama sama geng geng kat PBBS (Semariang) the best court in Kuching .


Semua kepenatan kena dropshot aku eheheh.

Rudy n Awie !



Ricky and Reid ! Pak Hassan the Evergreen Player
(tukang urut)