Friday, December 17, 2010

Dari Nadi Fiji - Bula!!!

Posting pertama dari Fiji tuk. Penduduk tempatan Fiji tuk peramah. Masalah utama adalah makanan. Bukan takde makanan Islam tapi kalu dah tiap tiap hari makan makanan India tentulah tak tahan. Makanya kena masak sendiri. Walaupun jauh dari keluarga namun kami sering berkomunikasi melalui SKYPE. Nasib baik ada teknologi. Kelak nambah agik.

                                                                        Ramah Tamah Aidilfitri di Kedutaan Malaysia Fiji



Sunday, August 15, 2010

Bertugas di Luar negara

September 19 2010 aku akan berpindah kerja ke luar negeri. Walau berat rasa hati nak tinggalkan keluarga namun demi mereka juga lah aku menerima tugasan ini.Disini lah tempat aku ditugaskan selama 2 tahun. Bila terms & condition nya menarik maka terima sajalah.


Thursday, February 18, 2010

Haru Biru

So what did they say about living well beyond your means ? I agree with Leonardo da Vinci "He who wishes to be rich in a day will be hanged in a year" I personally had nothing against rich people. They worked "really hard" to be in that position. For me I'm just grateful with what I have and not envying with what I don't have. You will never miss the thing you never had in the first place.

Tomorrow I'm going home to attend my sister's engagement. It's been awhile since I last step foot in Spaoh. I'm looking forward to meet my friends while taking some shots at places where I couldn't stop reminiscing and a few games of badminton . Will write again later !

Sunday, October 11, 2009

Lamak Gilak Dah !

Dah setahun blog ni belum di update ! Insyallah Hari Raya Aidil Adha ni aku beraya kat kampung. Aidilfitri yang lepas aku cuma buat day trip pada raya ke tiga. Sekarang ni status pun dah berubah makanya kekurangan masa nak berblog. Walau camanapun akan ku cuba update every now and then !

Thursday, October 16, 2008

Selamat Hari Raya



Gambar bersama 2 anak lelaki aku di pagi Raya 2008

Bersama keluarga di Pagi Raya 2008



Di rumah adik di Serian...........


Aku agak belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang merayakan. Seperti biasa aku hanya dapat merayakan Raya ke 2 di kampung . IAdd Imageni dah jadi lumrah org Spaoh bila raya ke 2 mereka berduyun duyun ke Seruai atau Melanyut. Aku bertolak dari Kuching jam 7:30 pagi dan sampai di Seruai pada jam 10:30 dan masa itu masih ramai pengunjung. Agaknya akibat hujan pagi itu maka kebanyakan orang kampung lambat sikit ke Seruai. Aku dan keluarga pula hanya sempat ke rumah kawan aku 1) Wan Mahbi dan Dahlan saje selain dari keluarga aku sendiri. Ibu dah tiada maka aku memohon kemaafan dari ayahku yang kini masih di Spaoh. Aku berangkat ke Kuching jam 4 petang dan sempat singgah di Serian di rumah adik aku yang menetap di sana.

.... Nanti aku sambung balik......

Friday, June 20, 2008

Badminton di Batu 7

Semalam aku dengan geng aku terpaksa bermain di Stakan. Pusat ini kira yang terbesar mempunyai 35 gelanggang badminton dimana 7 adalah carpeted. Selain dari badminton gelanggang Futsal dan Ping Pong juga ujud di situ.

Bagi aku kalau nak rate gelanggang itu aku bagi 2 bintang saje. Lampu dipasang agak rendah jadi agak sukar nak lihat shuttle yang tinggi.

Walaupun begitu semalam penuh juga gelanggang itu di sewa. Aku cuma dapat main selama 1 jam. 1 jam untuk 5 orang kira sekejap la tu. Anak aku pulak asik beli burger saje itu yang aku malas nak bawa dia ke situ. Walau camanapun dia anak bongsu.... Nanti aku sambung balik !

Sunday, June 15, 2008

Kampung Spaoh






Dari Kuching akan mengambil masa selama 4 jam memandu. Simpang masuk ke kampung ni tak sama dengan mana mana simpang yang anda jumpa sepanjang perjalanan anda. Model "Ikan Buntal" amat dominan and you can never miss it.










Ini sekolah aku dulu. Sekolah Kebangsaan Spaoh. Rumah aku dekat sangat dengan sekolah ini. Zaman aku sekolah dulu bangunan ini semuanya diperbuat dari kayu. Alhamdulillah sekarang ni dah berubah dengan struktur yang lebih kuat. Sekarang apa yang nampak sekolah ini hanya memiliki satu padang yang kecil dibanding dengan zaman aku dulu. Padang bola yang dulunya tempat pertandingan sukan antara sekolah dah jadi tapak sekolah. Kalau dulu sekolah bertiang kayu kita dapat bermain galah panjang di bawah sekolah tu. Sekarang aktiviti aktiviti itu sudah pupus.

Aku ingat lagi subject "Gardening" dimana murid murid di allocate tanah untuk aktiviti berkebun. Hasil dari tanaman itu kita akan jual dan dapat lah wang saku. Lot tanah kebun itu sekarang dah jadi padang permainan.



Rumah kedai .

Tiada perubahan........

Sampai sekarang tiada perubahan di pekan Spaoh. Rumah kedai yang kita nampak itulah yang aku nampak 43 tahun yang lalu. Kalau ada perubahan pun itu hanya berlaku kepada pemiliknya. Mungkin kampung ini tiada economic value maka itulah development nya minimal. Anak anak muda kebanyakan nya bekerja di luar Spaoh termasuklah diri aku ini. Sekali sekala balik kampung. As much as I want to stay namun tanggungjawab terhadap famili adalah keutamaan. Aku akan cuba sedaya upaya untuk balik ke kampung sekerap yang mungkin untuk bertemu ayah & sanak saudara ku yang masih menetap dikampung. Kepada "The Power that Be" aku minta agar "distribution of wealth" di bawah jurisdiction anda dibahagi sama rata. Bukan setakat membangun infrastructure sahaja tapi fikirlah dari segi pembangunan ekonomi orang orang kampung.

KOPI "O"

Kalau dulu orang kampung suka minum kopi "Ah Heng" namun sekarang Ah Heng dah berpindah ke Kuching. Mungkin perpindahan dia berkaitan langsung dengan economic value kampung itu. 'Fret Not" sekarang ada sebuah gerai yang mampu menandingi kehebatan "Kopi O" Ah Heng ! Mohamad Fairuz ye ! Itulah nama boss gerai itu . Buka dari 4pm-12 midnight. Walau bukan fresh coffee namun rasanya very close dan aku bagi 3 bintang untuk kopi beliau.